Koperasi SMK Jengka Pusat
Alhamdulillah, akhirnya penganjuran Hari Koperasi sekolah yang bermula pada 22 Jun 2008 sampai kemuncaknya pada 25 Jun 2008. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Gerai-gerai jualan samaada anjuran dalaman dan luaran sangat laris sekali. Ada gerai yang telah habis bekalan seawal jam 10 pagi. Terpaksalah pula ditambakh bekalan yang baru. Yang uniknya pameran senjata warisan tradisi melayu yang dikumpul daripada koleksi guru-guru SMK Jengka Pusat telah berjaya menarik perhatian pengunjung. Pengerusi Angkasa Zon 2 sendiri telah menghabiskan masa selama setengah jam di bilik pameran berkenaan.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini penuh warna warni kerana pada kali ini telah berlaku perasmian dalam perasmian. Hari ini juga ada perasmian Premis baru koperasi iaitu sebuah bangunan baru koperasi. Gimik perasmian cukup meriah iaitu pelancaran roket air (Water roket) yang membawa kunci premis baru. Sebanyak 3 roket air telah dilancarkan satu daripadanya telah mendarat betul-betul dihadapan koperasi baru walaupun tapak pelancaran hampir 100 meter di kawasan padang bola sekolah. Gimik ini adalah membawa maksud hasrat dan cita-cita koperasi untuk menempa nama yang gemilang yang berhasrat untuk menempa nama setinggi awan. Disamping itu juga, perancaran roket ke angkasa juga bersesuaian dengan kedudukan koperasi sekolah di bawah naungan ANGKASA.


Selepas aktiviti tersebut majlis perasmian penutupan hari koperasi sekolah dijalankan di Dewan Al-Falah dengan penuih meriah. Pelajar-pelajar Pertina yang telah diberikan peranan sepenuhnya menggerakkan majlis ini telah berjaya menerima tanggungjawab sepenuhnya. Selesai sahaja persembahan multimedia, satu lagi acara bersejarah dijalankan iaitu majlis pelancaran rasmi laman blog koperasi disempurnakan oleh Tn. Hj. Salleh bin Lela. Blog ini telah diusahakan oleh Biro ICT Koperasi SMK Jengka Pusat diketuai oleh EN. Aslan Tokinin yang juga telah menerima hadiah sebagai Koperator Inovasi SMKJP2008.

Acara sampingan dan wajib yang lain juga telah dapat dijayakan dengan sempurna. Persembahan memukau daripada pelajar dimulai dengan persembahan koir sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Semangat Koperasi. Diikuti dengan persembahan nyanyian solo oleh Azmira Akmar Ayob, persembahan tarian pelajar, Pembacaan sajak, dan pentomen.

Secara amnya, majlis hari koperasi ini telah dilangsungkan dengan jayanya. Sudah semestinya acara yang sebegini besar dengan penglibatan semua pihak; warga sekolah dan agensi luar ada sedikit sebanyak kelonggaran di sana sini. Sebarang kecacatan majlis saya bagi pihak ALK memohon berbanyak maaf.

Kalau ada jarum yang patah
banyaklah kain tidak berjahit
kalau ada silap dan salah
jangan jadikan kenangan pahit.



RUMAH DAH SIAP...., SIMPANLAH PAHAT!

(Gambar akan dipost kemudian)



TERIMA KASIH
0 Responses