Koperasi SMK Jengka Pusat
KOOP Sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru dan terima kasih atas sokongan pelajar dan guru terhadap kami.... Semoga tahun ini tahun yang membawa kejayaan.
Koperasi SMK Jengka Pusat

(Klik Pada Banner)

Warga Koperasi SMK Jengka Pusat
Dengan Ini Mengucapkan
Selamat Hari raya
Maaf Zahir Batin

Dan berhati-hatilah ketika memandu
Semasa Pulang Ke Kampung Masing Masing
Dan Jangan Lupa
Bawa balik Buah Tangan Untuk Kita Sama Sama
Rayakan Di Peringkat Sekolah Pula


Koperasi SMK Jengka Pusat
Pada 3 Julai 2008, PERTINA SMK JP seramai 80 orang pelajar termasuk 8 0rang guru telah mengadakan lawatan ke Parlimen. Pembelajaran teori sistem perundangan Malaysia secara teori telah dapat digambarkan sepenuhnya melalui pengalaman melihat sendiri sistem perjalanan persidangan parlimen. Namun begitu agak malang kerana persidangan sesi petang ini tidak ramai ahli parlimen yang menghadiri sidang. Beberapa kerat sahaja ahli parlimen yang kelihatan. Di celah-celah kerusi yang kosong terdapat beberapa tokoh politik tanah air yang popular seperti YB. Mustafa bin Muhammad, Ahli Parlimen Jeli, YB Noraini Ahmad, YB. Tajuddin Abd. Rahman, YB. Bung Mokhtar dan di pihak pembangkang kelihatan kelibat YB. Mahfuz Omar, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa orang ahli Parlimen DAP.

Paling menarik sekali rombongan PERTINA bekesempatan bermesra dengan YB. Rembau, Khairi Jamaluddin. Jelas sekali YB. KJ begitu popular di kalangan pelajar Pertina SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA PUSAT. Pelajar-pelajar dan guru tidak melepaskan peluang untuk berbual mesra serta bergambar dengan YB. KJ. Sikap ramah dan mesra YB. KJ menjadikan pelajar-pelajar dan guru tidak kekok berbual dan bermesra dengan beliau. Paling manis YB. KJ telah bermurah hati mengadakan jamuan makan malam kepada semua ahli rombongan. Jelas sekali pelajar dan guru begitu gembira....Dapat makan free.... Terima kasih YB kerana sudi meluang waktu-waktu sibuk YB untuk melayan kerenah kami dan belanja kami makan malam.



Guru-guru pengiring juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan YB. Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin







Pelajar lelaki SMK Jengka Pusat juga turut berkesempatan merakam gambar bersama YB. Khairi Jamaluddin
















Koperasi SMK Jengka Pusat
Pada 27 Jun 2008 hingga 29 Jun 2008, Kursus Siri 2 ANGKASA Zon 2 telah dijalankan di hotel Grandcon Kucing. Kursus yang dijalankan ini sangat penting khususnya dalam urusan audit dalaman bagi melicinkan lagi perjalanan sesebuah koperasi khususnya koperasi di bawah kawalan ANGKASA Zon 2. Di samping kursus yang dijalankan beberapa siri lawatan ke tempat-tempat menarik telah diatur untuk peserta-peserta kursus. Berikut antara gambar sekitar kursus dan lawatan tersebut.

Peserta Kursus sedang mengikuti kuliah dan bengkel yang dijalankan
Sebahagian peserta kursus di hadapan kilang membuat kek lapis









Membeli belah di Pasar Satok





Sudah kembali. Sebahgian hasil belian... Balik nak meniaga ke?










Koperasi SMK Jengka Pusat
Sempena Hari Koperasi Sekolah, Pihak Lembaga Pengarah membuat lawatan ke wad kanak - kanak Hospital Jengka dan menyampaikan hamper. Ucapan terima kasih kepada Pihak Hospital Jengka atas kerjasasma yang diberikan.
En. Kamarzzam bin Mohd Samsi sedang menyampaiakn cenderahati kepada ketua jurururawat
En. Jasme Ismail, Setiausaha Koperasi Sekolah sedang menandatangani buku pelawat Wad kanak-kanak Hospital Jengka

En. Marzuki Yusuf mewakili pengetua SMK Jengka Pusat menyampaikan hamper kepada bapa salah seorang pesakit dalam wad kanak-kanak.





Koperasi SMK Jengka Pusat
Alhamdulillah, akhirnya penganjuran Hari Koperasi sekolah yang bermula pada 22 Jun 2008 sampai kemuncaknya pada 25 Jun 2008. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Gerai-gerai jualan samaada anjuran dalaman dan luaran sangat laris sekali. Ada gerai yang telah habis bekalan seawal jam 10 pagi. Terpaksalah pula ditambakh bekalan yang baru. Yang uniknya pameran senjata warisan tradisi melayu yang dikumpul daripada koleksi guru-guru SMK Jengka Pusat telah berjaya menarik perhatian pengunjung. Pengerusi Angkasa Zon 2 sendiri telah menghabiskan masa selama setengah jam di bilik pameran berkenaan.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini penuh warna warni kerana pada kali ini telah berlaku perasmian dalam perasmian. Hari ini juga ada perasmian Premis baru koperasi iaitu sebuah bangunan baru koperasi. Gimik perasmian cukup meriah iaitu pelancaran roket air (Water roket) yang membawa kunci premis baru. Sebanyak 3 roket air telah dilancarkan satu daripadanya telah mendarat betul-betul dihadapan koperasi baru walaupun tapak pelancaran hampir 100 meter di kawasan padang bola sekolah. Gimik ini adalah membawa maksud hasrat dan cita-cita koperasi untuk menempa nama yang gemilang yang berhasrat untuk menempa nama setinggi awan. Disamping itu juga, perancaran roket ke angkasa juga bersesuaian dengan kedudukan koperasi sekolah di bawah naungan ANGKASA.


Selepas aktiviti tersebut majlis perasmian penutupan hari koperasi sekolah dijalankan di Dewan Al-Falah dengan penuih meriah. Pelajar-pelajar Pertina yang telah diberikan peranan sepenuhnya menggerakkan majlis ini telah berjaya menerima tanggungjawab sepenuhnya. Selesai sahaja persembahan multimedia, satu lagi acara bersejarah dijalankan iaitu majlis pelancaran rasmi laman blog koperasi disempurnakan oleh Tn. Hj. Salleh bin Lela. Blog ini telah diusahakan oleh Biro ICT Koperasi SMK Jengka Pusat diketuai oleh EN. Aslan Tokinin yang juga telah menerima hadiah sebagai Koperator Inovasi SMKJP2008.

Acara sampingan dan wajib yang lain juga telah dapat dijayakan dengan sempurna. Persembahan memukau daripada pelajar dimulai dengan persembahan koir sekolah yang menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Semangat Koperasi. Diikuti dengan persembahan nyanyian solo oleh Azmira Akmar Ayob, persembahan tarian pelajar, Pembacaan sajak, dan pentomen.

Secara amnya, majlis hari koperasi ini telah dilangsungkan dengan jayanya. Sudah semestinya acara yang sebegini besar dengan penglibatan semua pihak; warga sekolah dan agensi luar ada sedikit sebanyak kelonggaran di sana sini. Sebarang kecacatan majlis saya bagi pihak ALK memohon berbanyak maaf.

Kalau ada jarum yang patah
banyaklah kain tidak berjahit
kalau ada silap dan salah
jangan jadikan kenangan pahit.



RUMAH DAH SIAP...., SIMPANLAH PAHAT!

(Gambar akan dipost kemudian)



TERIMA KASIH
Koperasi SMK Jengka Pusat
Hari Koperasi Sekolah (HKS) akan diadakan pada 25 Jun 2008.
Antara acara yang akan diadakan ialah

Perhimpunan Khas:
Nyanyian Koir
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Pahang
Lagu Semangat Koperasi
Lagu Sekolah
Pemyampaian Zakat kepada anak-anak Yatim
Penyampaian Zakat kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang

Penanaman Pokok

Pameran
Institusi Pendidkan Tinggi IPTA & IPTS
Pasukan Bomba dan Penyelamat
Pasukan Jabatan Pertahanan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
Pameran Buku
Hasil Karya Pelajar
Pameran senjata lama (Keris, pedang, badik, golok, kelewang, parang jenguk, huku lima dan sebagainya.
Pameran kereta (VIVA dan Nissan Livina)

Permainan/Sukan
Bola sepak 7 sebelah
Bola Jaring
Petang
Sukaneka

Pertandingan:
Kawad Kaki
Mencipta Roket Air
Pertandingan Melukis
Pertandingan mencipta Cogankata Koperasi
Pertandingan Gerai Tercantik

Perasmian Premis Baru KOOP
Gimmik Perasmian - Pelancaran Roket Air yang membawa turun kunci koperasi

Persembahan Kebudayaan
Nyanyian solo
Nasyid
Tarian asli

Jamuan Kenduri Sekampung - Sembelihan lembu

Perasmian oleh: YB. Adun Jengka: En. wan Salman

SEMUA WARGA JENGKA DIJEMPUT HADIR